Soalan Lazim

Adakah identiti pemberi maklumat akan dilindungi?

Borang aduan adalah sulit dan rahsia. Bagi melindungi identiti pemberi maklumat, kami tidak memohon sebarang maklumat peribadi. Kami juga memohon untuk anda melengkapkan borang yang mengesahkan bahawa anda tidak menyertakan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan anda.

Adakah sesiapa, termasuk GHI, mengetahui yang saya telah melawat laman pemberi maklumat dan mengisi borang pemberi maklumat?

Pelayan (server) GHI mengumpul alamat IP pelawat laman web. Alamat IP adalah unik dan mengenalpasti peranti internet dan lokasi (bandar, negara). Ia juga mengenal pasti identiti pelanggan bagi jaringan internet tersebut. Oleh itu, jika anda menggunakan komputer peribadi, maklumat ini boleh digunakan untuk mendedahkan bahawa komputer anda telah digunakan, tetapi maklumat mengenai siapa yang menggunakannya. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan peranti awam seperti kafe internet, atau mengakses borang melalui rangkaian persendirian maya atau virtual private network (VPN). VPN kebiasaannya telah disertakan sebagai aplikasi dalam peranti anda. Sekiranya anda mengakses borang melalui VPN, ia akan membawa and ke jaringan Internet yang lebih selamat dan membantu memelihara kerahsiaan identiti anda.

Adakah majikan saya akan mengetahui bahawa saya melawat laman pemberi maklumat dan mengisi borang?

Sesetengah syarikat boleh menjejak komputer yang telah melawat laman pemberi maklumat, sekiranya komputer tersebut log masuk ke jaringan internet syarikat. Anda boleh dikesan dan dikenal pasti. Oleh itu, beberapa langkah keselamatan dicadangkan seperti berikut:

  1. Jangan menggunakan telefon dan komputer syarikat
  2. Jangan menggunakan internet syarikat
  3. Buka laman web melalui tab “private” atau tetingkap “incognito”, di mana ini akan menghalang laman web dari muncul pada history pelayar web anda.
    • Chrome: Windows, Linux, atau Chrome OS: Tekan Ctrl + Shift + n , Mac: Tekan ⌘ + Shift + n
    • Firefox: Windows, Linux: Tekan Ctrl + Shift + p , Mac: Tekan ⌘ + Shift + p
    • Safari: Mac: Tekan ⌘ + Shift + n
    • Edge: Windows, Linux: Tekan Ctrl + Shift + p , Mac: Tekan ⌘ + Shift + n

Sekiranya anda mengambil langkah berjaga-jaga ini, ianya adalah hampir mustahil untuk mengesan anda sebagai pemberi maklumat.

Adakah borang pemberi maklumat menggunakan cookies dan akan mengenal pasti saya?

Laman ini dan borang pemberi maklumat tidak menggunakan cookies.

Adakah pihak ketiga boleh memintas maklumat yang saya masukkan ke dalam borang?

Maklumat hanya boleh dipintas dalam jangka masa yang singkat, sewaktu anda sedang menghantar borang dan kandungannya sedang dipindahkan ke server kami. Walau bagaimanapun, kandungan borang telah dienkrip (menggunakan HTTPS). Oleh yang demikian, sekiranya situasi memintas data berlaku, mereka tidak akan dapat memahami kandungan borang tersebut.
Apabila borang tersebut telah dihantar ke GHI, ia akan disimpan secara berasingan dari maklumat mengenai alamat IP, peranti dan juga jaringan yang digunakan. Ia disimpan secara rahsia pada server khas kami dengan selamat, di bawah penguatkuasaan EU, dan mematuhi perundangan EU. Pada tahap ini, ianya adalah mustahil untuk menghubungkan borang tersebut kepada peranti dan jaringan anda.

Bagaimanakan maklumat yang saya berikan akan digunakan?

Maklumat kerahsiaan tersebut akan dinilai oleh pakar-pakar yang telah dilantik oleh GHI. Sekiranya pakar-pakar tersebut memutuskan bahawa laporan tersebut memerlukan campur tangan pihak berkuasa atas sebab keselamatan makanan, maka amaran akan dihantar kepada penguatkuasa keselamatan makanan di negara berkenaan dengan usul untuk membuat siasatan terhadap insiden yang dilaporkan.